Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Latihan : Dunia tanpa sempadan I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Latihan : Dunia tanpa sempadan I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Latihan : Dunia tanpa sempadan I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Latihan : Dunia tanpa sempadan I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Latihan : Dunia tanpa sempadan I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Latihan : Dunia tanpa sempadan I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Latihan : Dunia tanpa sempadan I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Latihan : Dunia tanpa sempadan I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Latihan : Dunia tanpa sempadan I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Latihan : Dunia tanpa sempadan

2 posters

Go down

Latihan : Dunia tanpa sempadan Empty Latihan : Dunia tanpa sempadan

Post by cg sue Mon Aug 03, 2015 3:36 pm

SOALAN : Dunia tanpa sempadan telah mencetuskan persaingan dan penyebaran maklumat secara pantas menerusi dunia maya. Keadaan ini membawa implikasi tertentu dalam pelbagai bidang. Bincangkan.


**Skema : 2+3 / 3+2 ( Kebaikan & keburukan)

**Selamat berbincang & sila beri isi untuk soalan tersebut** Very Happy
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

Latihan : Dunia tanpa sempadan Empty Re: Latihan : Dunia tanpa sempadan

Post by Nur Liyana Mon Aug 03, 2015 9:02 pm

Globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu usaha untuk mengubah nilai manusia khususnya cara berfikir dan cara bertindak yang dilakukan oleh satu daerah dunia yang lain.

Antara kebaikan dunia tanpa sempadan ialah penggunaan teknologi maklumat yang akan memberi bentuk baru kepada corak hidup manusia. Hal ini demikian kerana, teknologi maklumat membantu dalam penyebaran maklumat secara meluas ke seluruh negara. Sebagai contoh, internet digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan antarabangsa mahupun tempatan dalam urusan dagangan yang banyak menekankan tentang aspek jenis barang, kuantiti serta kualiti sesuatu barang. Dengan ini, segala urusan akan dapat dilakukan dengan begitu cepat dan mudah. Tegasnya, teknologi maklumat dapat membentuk sistem-sistem bagi menguruskan maklumat.

Selain itu, kebaikan dunia tanpa sempadan menerusi kemudahan internet ialah dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mencari maklumat tambahan dalam membantu proses pembelajaran mereka. Hal ini demikian kerana, sekiranya mereka kekurangan bahan rujukan dalam bentuk media cetak, mereka boleh mecari rujukan di dalam internet. Sebagai contoh, para pelajar hanya perlu menaip tajuk rujukan yang ingun dicari pada mana-mana laman web kemudian secara tidak langsung pencarian terhadap bahan rujukan akan mudah didapati dengan cepat. Dengan ini, para pelajar akan mudah memahami pembelajarannya kerana mereka mengambil inisiatif dalam mencari rujukan tambahan di internet.

Di samping itu, antara kebaikan dunia tanpa sempadan ialah dengan adanya kecanggihan sains dan teknologi untuk berhubung dengan seluruh negara. Hal ini demikian kerana, cara mereka berhubung dengan negara luar sangat rumit dan memakan masa yang lama. Sebagai contoh, maklumat dapat disampai dengan mudah seperti berhubung melalui telefon, internet, Whatsapp dan sebagainya. Dengan ini, negara dapat berhubung dengan cepat dan mudah tanpa memerlukan masa dan tenaga yang banyak.

Antara keburukan dunia tanpa sempadan ialah disebabkan oleh pemikiran manusia yang sangat terbuka dan terlampau. Hal ini demikian kerana, sesetengah manusia berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan menyebabkan kehidupan manusia menjadi tidak menentu dan sukar diuruskan. Sebagai contoh, jika dilihat masa kini, kaum wanita dilihat seperti mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki. Pemikiran ini timbul akibat cara mereka berfikir adalah terlalu terbuka berpunca daripada era globalisasi. Dengan ini, mereka bebas untuk berbuat apa saja tanpa memikirkan baik buruk tindakan tersebut.

Seterusnya, teknologi maklumat dunia tanpa sempadan juga terdedah kepada ancaman virus. Hal ini demikian kerana, apabila virus menyerang komputer, ia akan mengganggu sistem rangkaian komputer dan meniru hak ciptaan orang lain. Sebagai contoh, kita akan dapat melihat sesebuah fail akan berubah daripada asalnya walaupun fail itu tidak digunakan. Keadaan ini akan menyebabkan komputer akan lambat beroperasi dan menjadi perlahan tidak terkecuali daripada mengalami masalah cepat rosak atau tidak dapat dibaca dan dibuka. Tegasnya, urusniaga akan tergendala akibat beberapa kelemahan sistem komputer selepas diserang oleh virus.

Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa era globalisasi tidaklah hanya membawa kepada kebaikan tetapi juga banyak menyumbangkan keburukan kepada masyarakat hari ini.

Nur Liyana

Posts : 1
Join date : 03/08/2015

Back to top Go down

Latihan : Dunia tanpa sempadan Empty Re: Latihan : Dunia tanpa sempadan

Post by cg sue Mon Aug 03, 2015 11:59 pm

Tahniah. Cg akan lihat semula... inshaAllah akan dimurnikan. Tq krn berjaya membuat latihan. Syabas!!
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

Latihan : Dunia tanpa sempadan Empty Re: Latihan : Dunia tanpa sempadan

Post by cg sue Tue Aug 04, 2015 9:05 am

Pengenalan Nur Liyana : "Globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu usaha untuk mengubah nilai manusia khususnya cara berfikir dan cara bertindak yang dilakukan oleh satu daerah dunia yang lain."


***Globalisasi tukar kepada "Dunia tanpa sempadan"
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

Latihan : Dunia tanpa sempadan Empty Re: Latihan : Dunia tanpa sempadan

Post by cg sue Tue Aug 04, 2015 9:13 am

Isi 1 Nur Liyana : Antara kebaikan dunia tanpa sempadan ialah penggunaan teknologi maklumat yang akan memberi bentuk baru kepada corak hidup manusia.

Komen Cg Sue :

Idea utama / isi utama tidak jelas dalam ayat pertama. Apakah Idea/Isi utama anda?
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

Latihan : Dunia tanpa sempadan Empty Re: Latihan : Dunia tanpa sempadan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum