Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan  senjata api I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan  senjata api I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan  senjata api I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan  senjata api I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan  senjata api I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan  senjata api I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan  senjata api I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan  senjata api I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan  senjata api I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan senjata api

Go down

Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan  senjata api Empty Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan senjata api

Post by Pororo Wed Jun 26, 2013 11:58 am

Penyeludupan Senjata Api


Apakah definisi penyelupan senjata api?
Penyeludupan senjata api adalah perbuatan mengangkut senjata api secara haram dan diam-diam, seperti keluar daripada sebuah bangunan, ke dalam penjara, atau melalui sempadan antarabangsa, bertentangan dengan undang-undang atau peraturan lain.


Siapakah menubuhkan satu bahagian khusus di bawah Jabatan Siasatan Jenayah(CID) bagi menangani penyelupan senjata?
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan satu bahagian khusus di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) bagi menangani kesalahan berkaitan senjata api termasuk penyeludupan senjata berkenaan.


Apakah peranan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) terhadap penyelupan senjata api?
Tugas utama Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) ialah untuk mencegah penyeludupan barang-barang bercukai dan tegahan dan juga mencegah kemasukan orang secara haram. Di antaranya ialah senjata api, bahan-bahan letupan, senjata tajam dan dokumen-dokumen yang diharamkan.Selain itu, semua jenis dadah berbahaya,jenis barang-barang bercukai dan tegahan yang diharamkan yang diseludup masuk ke atau keluar Malaysia.


Bilakah UPP ditubuhkan dan bergabung dengan apa agensi-agensi?
UPP telah ditubuhkan pada tahun 1977 dan pada dasarnya adalah satu pasukan bersepadu gabungan agensi-agensi penguatkuasa pencegah penyeludupan seperti berikut:
      * Jabatan Polis DiRaja Malaysia
      * Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia
      * Jabatan Imigresen
      * BERNAS ( Padi Beras Nasional Berhad )
      * Unit Pencegah Penyeludupan


Manakah UPP menempatkan?
UPP biasanya ditempatkan di kawasan-kawasan yang menjadi sarang kepada kegiatan penyeludupan di sepanjang sempadan darat dan perairan Malaysia-Thailand


Bagaimanakah mencegah penyelupan senjata api?
Langkah perdana ialah mengetatkan undang-undang oleh agensi berkaitan bagi membanteras kegiatan penyeludupan yang semakin berleluasa di sempadan Malaysia-Thailand. Pihak-pihak berkaitan haruslah menyarankan supaya akta-akta yang sedia perlu dikaji semula bagi memperkemaskan lagi tindakan penguatkuasaan.Menurutnya penyeludup memandang remeh dengan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada dan mereka kini lebih berani meneruskan kegiatan penyeludupan. Oleh itu, kelemahan dan kesilapan dalam akta yang sedia ada perlu diteliti dan diperbaiki supaya kegiatan penyeludupan dapat dibanteras sepenuhnya.


Seterusnya,kerajaan haruslah memperketatkan kawalan di sempadan bagi menyekat penyeludupan senjata api ke negara. Langkah ini perlu disebabkan oleh kerajaan mengesyaki banyak senjata api yang diseludup masuk datangnya dari Thailand.Sementara itu, tiga batalion tentera ditugaskan di sempadan bagi mengawal keselamatan negara termasuk soal berkaitan penyeludupan senjata api. Kerajaan perlu sedar bahawa sempadan kita luas dan pengawalan amat sukar dilakukan. Oleh demikian kerajaan hendaklah memainkan peranan untuk mencegah penyeludupan.


Di samping itu,langkah lebih efektif ialah kerjasama dan bertanggungjawab bersama dalam kerajaan. Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) perlu diperluaskan terutama di sempadan dan pintu masuk negara. Selain itu, PDRM juga haruslah meningkatkan rondaan bersama Polis Nasional Indonesia (PNI) untuk membanteras kegiatan jenayah melintasi sempadan dan penyeludupan senjata api di sempadan Malaysia dan Indonesia. Mereka juga hendak sentiasa berhubung dengan PNI mengenai maklumat keadaan jenayah semasa termasuk kegiatan sindiket penyeludupan barang-barang, senjata api serta maklumat penjenayah yang disyaki keluar masuk sempadan kedua-dua negara.Tambahan pula, anggota polis dan kastam perlu bersatu dalam memerangi jenayah tersebut bermula dengan perkongsian maklumat. Contohnya, jika polis tidak cukup sumber tenaga kerja, kastam haruslah memberi kerjasama dan perkara sama akan dilakukan jika kastam memerlukan kakitangan bagi membanteras penyeludupan.
Pororo
Pororo

Posts : 20
Join date : 20/06/2013
Age : 29

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum