Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah

3 posters

Go down

Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah Empty Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah

Post by cg sue Tue Jun 18, 2013 11:13 am

Rujukan : http://www.prn.usm.my/


Bencana Senjata Kimia dan Biologi
Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah Barblu
 
Saban hari kita terbaca atau terdengar pelbagai insiden dan ancaman keganasan  berlaku di dunia ini dan tidak kurang juga dengan kempen dan deklarasi anti keganasan.  Asas keganasan sama ada di atas sebab keselamatan, politik, dendam, kekecewaan dan sebagainya telah menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda dan alam sekitar. Kita bersyukur dengan keamanan yang wujud di Malaysia setelah 45 tahun merdeka dan tidak pernah terlintas di fikiran kita akan berlakunya peperangan dan keganasan apatah lagi yang melibatkan senjata pemusnah besar-besaran seperti sejata kimia dan biologi. Ancaman penggunaan senjata kimia dan biologi oleh pengganas antarabangsa kini muncul semula semenjak kejadian serangan ‘Antraks’ di Amerika tahun lalu.
 
Kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia pada 26 Oktober lalu agar pakar perubatan sentiasa bersedia dengan kewujudan penyakit yang tidak diketahui puncanya dan  kematian misteri yang mungkin angkara pengganas bio harus  diberi perhatian oleh masyarakat umum dan bukan di kalangan pengamal perubatan sahaja. Orang ramai berhak untuk mengetahui tentang bahaya agen bio dan kimia ini dan bagaimana mengenali simptom-simptomnya dan seterusnya apa yang harus dibuat pada saat-saat kecemasan serta bagaimana mendapatkan bantuan.
 
Kita masih ingat lagi bagaimana seluruh  negara berada dalam keadaan ketakutan dan panik, apabila  berlakunya peristiwa wabak penyakit Nipah yang menyebabkan kematian 118 orang penduduk di Bukit Pelanduk. Kita juga tidak lupa dengan peristiwa surat-surat yang mengandungi ‘kuman antraks palsu’ pada awal tahun,  dan yang terakhir penyakit meningitis yang meragut nyawa  beberapa pelajar universiti dan kawasan sekitarnya di Selangor pada September lalu.
 
Sebenarnya penggunaan agen biologi dan kimia telah.dikesan semenjak tahun 1919 lagi dan yang terbaru penggunannya oleh tentera Rusia di sebuah panggung teater di Moscow pada 26 Oktober lalu di mana lebih 118 orang terbunuh dan beratus lagi di masukkan ke hospital. Penghasilan senjata jenis ini walau dilarang oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu namun ia tetap juga dihasilkan bukan sahaja di kalangan pengganas bahkan oleh negara-negara besar seperti Amerika dan Rusia.
 
Penubuhan unit NBCD (Nuclear, Biology and Chemical Defence) oleh Angkatan Tentera Malaysia bagi menangani ancaman senjata nuklear, kimia dan biologi pada 1 April yang lalu amatlah dihargai. Unit ini  bertanggungjawab untuk mengesan dan meneutralkan agen-agen tersebut. Jika terpaksa unit tersebut juga dilaporkan akan membantu dalam rawatan. Diharap fungsi unit ini di samping agensi- agensi keselamatan dan kesihatan yang lain dapat diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Pusat Latihan Serantau Bagi Mencegah Keganasan di Kuala Lumpur.  Pusat ini yang  telah dipersetujui oleh pemimpin Asean semasa menghadiri Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Los Cabos, Mexico pada 27 Oktober lalu akan  memberi latihan bagi meningkatkan keupayaan  dan kemampuan negara serantau dalam menghadapi masaalah keganasan.
 
Di samping meningkatkan keselamatan dalam menangani isu keganasan kimia dan bio , kita juga mengharapkan agar tahap keselamatan dipertingkatkan di tempat-tempat yang berpotensi boleh menyebabkan kehilangan nyawa besar-besaran seperti di industri berasaskan bahan kimia, pusat penyelidikan  atau perkhidmatan berasaskan bakteria dan virus  serta pusat perlupusan sisa toksik. Ini bagi mengelakkan bukan sahaja dari ancaman pengganas tetapi yang lebih merbahaya  iaitu kemalangan akibat kecuaian dan ketidakperihatinan manusia. Kita masih lagi ingat dengan penemuan berpuluh-puluh tong sisa potasium sianida terbiar di Pangkor pada 1999 yang mampu membebaskan hidrogen sianida dan boleh membunuh seluruh penduduk Pulau Pinang dalam masa yang singkat.
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah Empty Re: Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah

Post by cg sue Tue Jun 18, 2013 11:30 am

Rujukan : http://vincent777911.blogspot.com/

Selepas berlakunya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, tiada lagi istilah “keamanan” di dunia ini. Setiap hari kita difahamkan terdapat peperangan yang berlaku di pelosok dunia. Kerakusan manusia yang semakin serius menyebabkan keadaan kucar-kacir berlaku.  Senjata yang digunakan dalam peperangan sangat canggih dan boleh menghapuskan bilangan musuh yang amat tinggi dalam sekelip mata. Rifle, bom tangan, kereta kebal dan jet pejuang bukan lagi senjata yang canggih dan digeruni. Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki telah membuka tirai senjata moden yang sangat dahsyat kuasa pemusnahnya. Senjata nuklear, senjata biologi dan senjata kimia adalah hasil kecanggihan teknologi dalam bidang ketenteraan yang mampu memusnahkan segala-gala dalam jangka masa pendek. Senjata-senjata tersebut seolah-olah menjadi kunci bagi gerbang kiamat. Senjata biologi dan senjata kimia, selain senjata nuklear, adalah antara senjara pemusnah era moden. Penggunaan senjata biologi seperti Anthrax dan senjata kimia seperti gas saraf dalam peperangan serta pelbagai serangan keganasan semakin berkembang dan menjadi ancaman terbaharu kepada dunia sejagat. Penggunaan kedua-dua jenis senjata ini banyak membawa kesan buruk kepada masyarakat dan dunia.


ANTRAX

Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan apa-apa senjata dalam sebarang bentuk keganasan dan peperangan akan meragut nyawa manusia. Namun, dalam kes senjata biologi dan senjata kimia, penggunaannya dapat menyebabkan kehilangan nyawa yang dahsyat. Kedua-dua senjata tersebut berupaya memusnahkan musuh dalam sekelip mata. Senjata biologi yang menggunakan bakteria Anthrax, misalnya, membunuh manusia tanpa disedari. Hal ini demikian kerana bakteria Antrax tidak mempunyai bau dan warna dan dapat tersebar melalui udara dan meliputi kawasan sasaran yang luas. Keadaan ini mengakibatkan pelbagai komplikasi buruk. Mangsa akan mati dalam masa yang singkat dan dalam jumlah yang banyak. Begitu juga halnya dengan senjata kimia yang juga dapat merebak dengan pantas.



AGENT ORANGE

Penggunaan senjata-senjata berbahaya ini, khususnya senjata kimia, menyebabkan mangsa serangan mengalami kecacatan fizikal. Dalam perang Vietnam, misalnya, tentera Amerika Syarikat telah menggunakan sejenis bahan kimia bernama agent orange. Bahan kimia ini ditaburkan oleh tentera Amerika Syarikat ke dalam hutan bagi menggugurkan daun serta menggondolkan hutan supaya dapat mengesan tentera musuh. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan toksik ini bukan sekadar menggugurkan daun tetapi telah meresap masuk ke dalam tanah, air, malah terbebas di udara. Bahan kimia ini kemudiannya meracuni ekosistem dan rantaian makanan. Mangsa yang terdedah kepada bahan ini mengalami penyakit kulit yang serius, malah ada mangsa yang buta, mengalami masalah keguguran rambut, dan sebagainya. Mangsa yang termakan ikan dan sayur-sayuran yang tercemar oleh bahan ini mengalami kerosakan organ dalam badan.



GAS SARAF

Penggunaan senjata kimia dalam peperangan, khususnya gas saraf, mampu melumpuhkan dan merosakkan sistem saraf manusia. Gas ini juga dapat menjelaskan serta menghilangkan terus daya ingatan seseorang. Kewarasan fikiran mangsa terjejas dengan teruk. Mereka tertawa atau menangis tanpa henti serta tidak dapat mengawal pancaindera mereka. Ada mangsa yang bertindak ganas dengan membunuh sesiapa sahaja. Tentera Jerman menggunakan gas ini dalam Perang Dunia Kedua dalam usaha hendak menghapuskan musuhnya.  Sebagai akibatnya, banyak mangsa menjadi gila dan akhirnya mati.



MUTASI SEL

Selain itu, penggunaan senjata kimia juga dapat menyebabkan berlakunya mutasi gen. Sebagai contoh, bom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah mengeluarkan radiasi yang dahsyat dan keadaan ini mengakibatkan mangsanya mengalami mutasi. Dalam hal ini, genetik atau DNA mangsa akan berubah dan cacat lalu menyebabkan berlakunya mutasi sel dalam badan.  Sebagai kesan daripada keadaan tersebut, mangsa mudah menghidapi pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser. Anak-anak yang dilahirkan oleh mangsa mengalami kecacatan anggota malah tidak kurang juga yang terencat akal. Daya tahan mangsa terhadap penyakit turut merosot dengan teruk dan sesetengah mangsa mengalami kemandulan. Dengan kata yang lain, senjata kimia mengakibatkan peningkatan kes kelahiran bayi cacat, kadar mortaliti, dan penyakit kanser untuk jangka masa panjang.



BOM KIMIA

Penggunaan kedua-dua jenis senjata maut itu juga mengancam keamanan dunia. Dengan adanya perkembangan teknologi, senjata sedemikian dapat dihasilkan dengan mudah dan kini semakin canggih pula. Senjata biologi yang menjadikan bakteria berbahaya sebagai bahan utama dapat dihantar atau disebarkan melalui pos. Bom-bom kimia pula dapat dihasilkan dengan mudah di tempat-tempat serangan disasarkan. Kecanggihan ini memudahkan pengganas antarabangsa menjalankan misi mereka menyerang sesuatu lokasi atau negara. Keadaan ini mewujudkan kebimbangan manusia sejagat lalu menyebabkan penderitaan berlarutan.



PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Selain itu, senjata kimia turut mencemarkan dan merosakkan sistem ekologi alam sekitar. Senjata kimia “agent orange” yang digunakan tentera Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam telah menyebabkan pokok-pokok kelayuan lalu mati. Hal ini kemudiannya menyebabkan berlakunya penggondolan hutan dan pencemaran alam sekitar. Kerosakan ekologi alam sekitar ini pula menyebabkan hidupan liar pupus manakala kemusnahan hutan telah menjejaskan kawasan tadahan air.



KESIMPULAN
            Jelas bahawa penggunaan senjata kimia dan biologi lebih banyak memudaratkan kehidupan semua makhluk di dunia ini. Banyak mangsa yang berkorban dan mengalami kecacatan manakala alam sekitar tercemar teruk. Oleh hal yang demikian, penggunaan senjata berbahaya yang merosakkan tamadun manusia ini wajar diharamkan terus supaya keamanan sejagat dapat diwujudkan. Untuk melaksanakan pengharaman itu, pertubuhan yang mewakili kepentingan semua negara di dunia ini perlu menguatkuasakan undang-undang itu tanpa memilih negara kaya atau negara miskin.
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah Empty Senjata Pemusnah Besar-besaran

Post by sirah shahirah Wed Jun 26, 2013 12:23 pm

lol! 

Senjata pemusnah besar-besaran (kadang kala juga disebut sebagai senjata pemusnah massa, Bahasa Inggeris: Weapon of mass destruction atau WMD) adalah sejenis senjata yang boleh membunuh manusia dalam jumlah yang ramai dan/ atau menyebabkan kerosakkan teruk kepada struktur buatan manusia seperti bangunan, struktur semulajadi (contohnya gunung-gunung) atau sfera bio.

Istilah ini sering kali digunakan bagi merangkumi beberapa jenis persenjataan, termasuk nuklear, biologi, kimia (NBC) dan senjata radiologi. Istilah-istilah lain yang digunakan di dalam konteks ketenteraan termasuk peperangan atom, biologi dan kimia (ABC) dan peperangan kimia, biologi, radiologi dan nuklear (CBRN).
Ungkapan ini digunakan dengan meluas bagi merujuk kepada persenjataan nuklear semasa Perang Dingin. Berikutan kejatuhan Kesatuan Soviet dan peningkatan tekanan di antara Timur Tengah dan Kuasa Barat, penggunaan istilah ini diperluaskan lagi kepada definasi yang moden. Ia digunakan secara meluas bagi merujuk hubungan serangan ke atas Iraq yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
sirah shahirah
sirah shahirah

Posts : 9
Join date : 06/06/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah Empty Ancaman Senjata Pemusnah

Post by sirah shahirah Wed Jul 03, 2013 1:04 pm

lol! lol! lol! lol! lol! lol! lol! lol! lol! lol! lol! lol! lol! lol! lol!

Pada masa kini, pelbagai keganasan berlaku sama ada ats sebab keselamatan, politik, dendam, kekecewaan dan sebagainya dengan penggunaan pelbagai senjata canggih telah melahirkan implikasi dahsyat.

Antaranya ialah mengakibatkan kesan buruk berterusan kepada kesihatan penduduk. Hal ini demikian kerana kandungan senjata pemusnah memberi impak kepada manusia. Contohnya, 70 peratus gas uranium oksida dalam reaktor nuklear. Apabila terhidu atau mengambil makanan yang terdedah kepada gas tersebut akan menimbulkan kesan negatif se[erti asma, barah dan kerosakan otak. Natijahnya, kesihatan manusia terjejas akibat kandungan senjata pemusnah tersebut.

Seterusnya, penggunaan senjata biologi yang merebakkan penyakit berjangkit melalui bakteria. Hal ini demikian kerana antraks,bacteria basilus antracis,telah disebarkan melalui kulit, saluran pernafasan dan usus. Contohnya, Botulisme, disebarkan melalui luks tercemar dan menyebabkan loya dan otot menjadi lemah. Tersebarnyawabak bounic melalui air liur menyebabkan selesema dan bisul. Hakikatnya, senjata biologi memberi kemusnahan terhadap antibodi manusia.

Selain itu, senjata kimia juga berfungsi menyerang organ dalaman dan pertumbuhan fizikal manusia. Hal ini demikan kerana ianya tersebar melalui makanan dan air. Contohnya, gas saraf VX telah disebarkan melalui makanan dan air telah menyebabkan otot-otot mengecut. Selain itu, agen pelecur juga membebaskan haba dengan melecurkan lapisan epidermis kulit mangsa dan akibatnya kulit kelihatan cacat. Jelaslah bahawa senjata-senjata seperti ini menyebabkan kesan negatif terhadap organ dalaman manusia.

Pencemaran alam sekitar juga turut berlaku. Hal ini demikian kerana bahan kimia yang beracun dan bertoksik menyebabkan pencemaran sumber-sumber terpenting. Contohnya, banyak tanah di Iraq dan Vietnam terbiar kerana tidak diusahakan dikhuatiri bahan kimia iaitu ''agent orange'' memusnahkan tanah di Vietnam Selatan. Hal ini tegas telah memusnahkan kebersihan alam sekitar.

Bukan itu sahaja, penggunaan senjata tersebut telah meningkatkan kadar kematian di dunia. Hal ini demikian kerana orang aawam termasuk wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa. Contohnya, semasa Perang Teluk 1991, seramai 21%kanak-kanak menghidap barah. Penggunaan senjata biokimia menyebabkan 77% bayi di Iraq dilahirkan cacat akibat dijangkiti antraks semasa perang berlaku. Peningkatan kadar kematian jelas menunjukkan kesan terteruk penggunaan senjata tersebut.

Kesimpulannya, penggunaan senjata kimia, biologi, radioaktif dan nuklear meninggalkan kesan terburuk dalam kehidupan masyarakat sejagat.

Sleep    Sleep Sleep Sleep SleepSleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep SleepSleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep
sirah shahirah
sirah shahirah

Posts : 9
Join date : 06/06/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah Empty Re: Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah

Post by AzeL Wed Jul 10, 2013 1:00 pm

Untuk pengetahuan...

Senarai Negara Bersenjata Nuklear

Bom Nuklear adalah bom yang berupaya melakukan pemusnahan besar-besaran. Sepanjang sejarah penciptaan bom nuklear, hanya 2 kali pernah digunakan untuk tujuan peperangan. Kedua-duanya dilepaskan oleh Amerika ketika perang dunia ke-2 terhadap Jepun.

Bom Nuklear atau yang biasa kita panggil sebagai bom atom pertama diletupkan pada waktu pagi 6hb Ogos 1945 di bandar Hiroshima dan bom kedua dilepaskan 3 hari kemudiannya juga di Jepun di bandar Nagasaki.

Hasil kemusnahan bom tersebut telah meragut seramai 200,000 nyawa rakyat Jepun yang terdiri daripada rakyat awam. Sejak itu bom nuklear hanya diledakkan untuk tujuan percubaan yang dianggarkan lebih 2,000 kali cubaan telah dilakukan.

Tidak semua negara memiliki senjata nuklear ini, hanya beberapa negara sahaja yang mengakui menimpannya dan ada juga beberapa negara disyaki memiliki bom nuklear. Berikut adalah senarai negara yang mempunyai senjata bom nuklear.

1. Rusia – 28,240 unit
2. Amerika – 12,070 unit
3. Perancis – 510 unit
4. China – 425 unit
5. UK – 400 unit
6. Israel – tiada data
7. India – tiada data
8. Pakistan – tiada data

Dalam masa yang sama seluruh dunia bercakap tentang keamanan dan bencana alam yang perlu ditangani, masih ada lagi negara yang membina kekuatan senjata pemusnah besar-besaran ini. Dan ironisnya negara-negara tersebut jugalah yang amat kuta dan lantang memperjuangkan keamanan dan pemeliharaan alam sekitar.

Kalau ada orang yang percaya bahawa majoriti manusia atas muka bumi ini buat apa yang mereka cakap, maknanya orang tersebut bermimpi di siang hari. Dalam keadaan begini, perkara yang terbaik yang kita boleh lakukan adalah menjaga diri sendiri serta kaum kerabat terdekat.

Soalan STPM:

1997. 33. Nuklear biasanya dikaitkan dengan kemusnahan dan kecelakaan, namun hasil penyelidikan pakar-pakar dalam bidang ini telah mengubah persepsi terhadapnya. Bincangkan.

Soalan Bahagian B STPM
1. “Sumber tenaga tradisional seperti arang batu dan petroleum kini menjadi semakin pupus. Harapan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga terletak pada keupayaan manusia menjana dan menggunakan tenaga daripada sumber-sumber lain.”
Dengan memberi alasan, nyatakan pendirian anda tentang penggunaan tenaga daripada sumber-sumber lain sebagai gantian kepada sumber tenaga tradisional.

2. Sejak penemuan kaedah penjanaan tenaga atom oleh Otto Hahn dan Fritz Strassman pada tahun 1939, harapan untuk mengatasi krisis tenaga yang dihadapi sekarang adalah sangat cerah.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini?

3. Bagi sebahagian besar anggota masyarakat, perkataan nuklear biasanya dikaitkan dengan kesan negatif terutamanya dalam perlumbaan senjata moden yang mencerminkan peranan tenaga nuklear sebagai alat pemusnah alam yang boleh membawa kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi perkembangan positif yang telah dicapai oleh dunia sains hari ini menunjukkan bahawa tenaga nuklear amat berperanan dalam pembangunan dalam sesebuah negara.
Berdasarkan penyataaan di atas, jelaskan peranan tenaga nuklear dalam pembangunan sesebuah negara membangun.

4. “Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negara.” Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

Nota Tambahan:
Loji Rawatan Termal, Beroga Selangor
Sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu: merangkumi proses kitar semula, penggunaan semula, pengkomposan dan pilihan loji rawatan termal serta tapak pelupusan.
mengurangkan dioksin, volum gas ekzos, memproses baki sisa, menggunakan tenaga daripada sisa pepejal, membolehkan proses kitar semula bahan-bahan, baki sisa dijadikan blok penurapan jalan dan atap genting.
AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah Empty Re: Bahan Rujukan : Senjata Pemusnah

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum