Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Potensi negara dalam ekonomi global I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Potensi negara dalam ekonomi global I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Potensi negara dalam ekonomi global I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Potensi negara dalam ekonomi global I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Potensi negara dalam ekonomi global I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Potensi negara dalam ekonomi global I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Potensi negara dalam ekonomi global I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Potensi negara dalam ekonomi global I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Potensi negara dalam ekonomi global I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Potensi negara dalam ekonomi global

Go down

Potensi negara dalam ekonomi global Empty Potensi negara dalam ekonomi global

Post by Atikah nyum2 Fri Jul 26, 2013 8:12 am

Malaysia terus menjadi perhatian pelabur global apabila pakar pengurus dana terkemuka, Dr Mark Mobius berpendapat bahawa pasaran saham tempatan adalah destinasi terbaik untuk pelaburan.
Ia susulan prospek pertumbuhan ekonomi negara yang baik yang disokong dasar kerajaan yang mesra pelabur.
Justeru, beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Templeton Emerging Markets Group, antara kumpulan pelaburan terbesar dunia dengan jumlah aset di bawah pengurusannya mencecah 451 bilion pound (RM2.2 trilion), komited untuk terus meningkatkan lagi pelaburan mereka di negara ini.

Mobius, dalam satu temubual dengan Bloomberg semalam, berkata berdasarkan penilaian semasa, Franklin Templeton akan meningkatkan pegangan saham mereka dalam syarikat Malaysia dan pada masa sama mungkin akan mengurangkan pelaburan dalam saham syarikat perbankan di Indonesia serta dalam saham syarikat sumber asli India.
Agensi berita antarabangsa itu melaporkan antara saham syarikat tempatan yang menjadi pilihan utama pakar pengurus dana bagi pasaran baru muncul itu dalam meningkatkan pelaburannya terma-suk syarikat yang terbabit dalam sektor minyak sawit, perbankan, hartanah, penjagaan kesihatan dan pengguna.
Penanda aras Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pula mencatatkan kemajuan yang memberangsangkan apabila menokok 10 peratus tahun lalu, iaitu peningkatan keuntungan tahunan buat kali keempat berturut, dan juga peningkatan yang terpanjang dalam sejarah sejak 1989.
Penanda aras tempatan itu meningkat 0.1 peratus kepada 1,694.16 untuk ditutup pada rekod tertinggi semalam.
Pasaran saham tempatan kini didagangkan pada 15.1 kali anggaran perolehan, atau premium 37 peratus kepada Indeks Pasaran Baru Muncul MSCI.

Di Kuala Lumpur kehadiran besar-besaran pelabur dan ahli korporat serantau pada Persidangan Tahunan Asia Pasifik CIMB 2013 di Kuala Lumpur, mencerminkan keyakinan dan minat mereka terhadap potensi Malaysia sebagai sebuah pusat pengurusan dana, kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Nazir Tun Razak.

Nazir berkata, persidangan itu menarik 17 peserta dari Malaysia, 11 dari Singapura, tujuh dari Australia, lima masing-masing dari Hong Kong, Indonesia, Filipina dan Thailand, dan tiga masing-masing dari Korea Selatan dan Vietnam. Kemboja, Sri Lanka dan Taiwan masing-masing menghantar seorang peserta.

Sebanyak 650 sesi tertutup dengan pelabur akan diadakan dalam tempoh dua hari persidangan itu yang akan berakhir hari ini. Sementara itu, Nazir dalam ucapannya pada persidangan itu berkata, pasaran sedang membangun di Asia berpotensi untuk berdepan dengan risiko pengaliran keluar wang panas atau dana spekulasi secara besar-besaran.

Pertumbuhan itu antara lain akan didorong oleh pelaksanaan projek pembinaan yang diterajui sektor swasta berjumlah AS$444 bilion (RM1.35 trilion) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2010 lalu.
Pentadbiran (kerajaan) sekarang ini adalah sangat baik untuk pasaran. Pelabur melihat kerajaan sekarang sebagai mesra perniagaan. Secara amnya, itu amat positif dan ia akan terus menjadi begitu pada masa hadapan, kata Mobius.
Atikah nyum2
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 26
Join date : 25/06/2012

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum