Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Dasar Luar Malaysia I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Dasar Luar Malaysia I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Dasar Luar Malaysia I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Dasar Luar Malaysia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Dasar Luar Malaysia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Dasar Luar Malaysia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Dasar Luar Malaysia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Dasar Luar Malaysia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Dasar Luar Malaysia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Dasar Luar Malaysia

2 posters

Go down

Dasar Luar Malaysia Empty Dasar Luar Malaysia

Post by AzeL Mon Jul 22, 2013 9:38 pm


EVOLUSI DASAR LUAR MALAYSIA MENGIKUT PERSONALITI PERDANA MENTERI


Dasar luar negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses yang dinamik. Oleh itu, dalam beberapa tahun ini, dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah. Tambahan pula, kemunculan globalisasi dan transformasi dalam hubungan antara negara yang disebabkan oleh teknologi maklumat yang baru dan berubah pantas, semestinya bermaksud dasar luar negara kita perlu diubah dan diperhalus untuk menghadapi cabaran baru dalam dunia globalisasi.

Gaya dan pendekatan dalam mengumumkan dasar luar negara Malaysia mungkin berbeza mengikut personaliti setiap Perdana Mentari Malaysia yang dahulu dan sekarang. Satu kajian penting terhadap dasar luar negara Malaysia sejak 1957 menunjukkan perkembangannya yang stabil mempunyai ciri perubahan ketara mengikut perubahan dalam pengawasan politik Malaysia. Ia boleh diringkaskan seperti berikut:


- Era Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ( 1957–1969 )


Dalam tempoh 1957–1969, negara kita baru memperoleh kemerdekaan. Sepanjang tempoh pramerdeka ini, di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, dasar luar negara kita didorong ke arah kelangsungan hidup negara yang baru merdeka. Dasar luar negara kita pada waktu itu ternyata bersifat anti-Komunis dan pro-Barat dengan hubungan yang rapat dengan Komanwel. Kita juga menentang kuat aparteid. Pendirian kita tentang kerjasama serantau juga mula bertapak dengan kemunculan ASA (1960), MAPHILINDO (1963) dan ASEAN (1967).
PM pertama Tunku Abdul Rahman Putra secara jelas membawa pendirian negara yang baru merdeka condong ke arah  Blok Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.  Sikap condong kepada Barat semakin jelas apabila PM Tunku menerima kunjungan Persiden Amerika Syarikat LB Johnson sewaktu Perang Amerika-Vietnam.  Benar juga sejarah hidup dan pendidikan Tunku banyak di Britain menyebabkan pemikiran beliau yang pro-Barat.

Kembali kepada matlamat Dasar Luar untuk menjaga kepentingan negara, tindakan PM waktu itu adalah untuk melindungi negara daripada ancaman komunisme yang menjadi musuh negara.  Perlu diingat bahawa sewktu negara merdeka tahun 1957, merupakan zaman kemuncak Perang Dingin antara Amerika Syarikat (demokrasi-liberal) terhadap Kesatuan Soviet-China (komunisme).


Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memeperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan alam sekitar. Ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.

Bagi meneykat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.

Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutamanya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.

Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru
Posted by mohd fadzil mohd salleh at 03:30 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Pembentukan Dasar Luar Malaysia
FAKTOR-FAKTOR PERTIMBANGAN PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA

Pembentukan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.


FAKTOR SEJARAH

Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang ada pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatic dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan


- Sejak dulu Tanah Melayu telah mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara-negara Islam.
- Tambahan pula majoriti rakyat adalah orang Melayu yang beragama Islam.
- Malaysia telah menjalinkan hubungan rapat dengan Negara serumpun seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.
- Malaysia turut menjalin hubungan dengan Negara-negara Islam (OIC) kerana dipengaruhi oleh sejarah perkembangan Islam.


FAKTOR EKONOMI


Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara yang sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.


- Semasa kemerdekaan, Tanah Melayu mewarisi satu sistem ekonomi yang menjadikan getah minyak, kelapa sawit dan bijih timah sebagai sumber eksport yang utama.
- Kebergantungan kepada Barat menyebabkan Tanah Melayu memerlukan bantuan terutama Britain dan Amerika Syarikat untuk memasarkan getah dan bijih timah.


FAKTOR POLITIK


Sebagai sebuah negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa hadapannnya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.


- Sebagai Negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen Malaysia amat mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat.
- Prinsip-prinsip kekebasan manusia dan keamanan serta menentang sebarang bentuk penjajahan dan penindasan.



FAKTOR GEOGRAFI



Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negar di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.


- Kedudukan Tanah Melayu di tengah-tengah laluan yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik merupakan laluan perdagangan utama bagi rantau Asia Tenggara.
- Keutamaan diberi kepada dasar yang menentukan Asia Tenggara sebagai satu kawasan aman, bebas dab berkecuali.


FAKTOR DEMOGRAFI


Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majority beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia meneybabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia.


- Dasar luar yang mementingkan dua prinsip utama iaitu perpaduan di antara manusia serta penghormatan hak asasi manusia diperlukan kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum.
- Sebarang bentuk penindasan dan diskriminasi yang jauh menyimpang dari hak asasi ditentang sebagai contoh Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.
AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

Dasar Luar Malaysia Empty kepentingan dasar luar

Post by dewi wie Fri Jul 26, 2013 7:39 am

1) Pertimbangan nasional (national needs) paling penting yg menentukan dasar sesebuah negara.

2) Dasar luar bg wujud hub serantau yg berupaya mjamin kedaulatan, keselamatan & keamanan sesebuah negara.

3) Negara2 moden tidak boleh memisahkan diri bg memenuhi kepntgn penduduk.

4) Mbolehkan sesebuah negara mjalinkan persahabatan & kerjasama 2 hala dlm pelbagai bidang.

5) Mgukuhkan kerjasama melalui bantuan dlm teknikal, pendidikan, eko dll.
dewi wie
dewi wie

Posts : 13
Join date : 17/06/2013
Age : 29
Location : matu goooo

Back to top Go down

Dasar Luar Malaysia Empty Re: Dasar Luar Malaysia

Post by dewi wie Fri Jul 26, 2013 8:08 am

Pelan tindakan Dasar Wanita Negara 2009
DASAR Wanita Negara 2009 adalah kesinambungan dasar yang digubal pada tahun 1989 dengan mengambil kira isu, peluang, cabaran dan persekitaran masa kini dan akan datang.

Berteraskan Perlembagaan Persekutuan, prinsip Rukun Negara dan Dasar Sosial Negara, dasar ini mendukung cita-cita untuk mencapai kesaksamaan gender dan pembangunan seimbang.

Dasar ini dilengkapi dengan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) bagi memperincikan tindakan yang perlu diambil merangkumi 13 sektor iaitu ekonomi; kemiskinan; undang-undang; keganasan terhadap wanita; kesihatan; pendidikan dan latihan; sains dan teknologi; dan wanita dalam pembuat keputusan.

Selain itu ia turut merangkumi mekanisme, jentera dan institusi pembangunan wanita; media; alam sekitar; sukan dan kebudayaan, kesenian dan warisan.

Matlamat Dasar Wanita Negara adalah untuk:

i. Membangun potensi dan mendayaupayakan wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat dan dalam semua sektor sebagai agen perubahan kepada masyarakat serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara;

ii. Menyediakan persekitaran yang kondusif termasuk penggubalan dasar dan perundangan mesra wanita, bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan hidup wanita dalam semua aspek termasuk fizikal, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, psikologi dan kerohanian;

iii. Membudayakan kesaksamaan gender di kalangan semua lapisan masyarakat dalam semua sektor;

iv. Memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses membuat keputusan di semua peringkat;

v. Mencapai perkongsian saksama antara wanita dan lelaki dalam memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat pembangunan; dan

vi. Meningkat dan mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara wanita dan lelaki dalam semua aspek kehidupan bagi memantapkan institusi keluarga serta membangunkan komuniti dan masyarakat.

Antara strategi yang telah digariskan bagi melaksanakan dasar ini ialah:

1. Mengarus perdana perspektif gender dalam penggubalan dasar dan perundangan, perancangan, perlaksaan dan penilaian program, projek dan penyediaan bajet untuk pembangunan.

2. Meningkatkan komitmen di kalangan badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman, termasuk penggubal dasar, pembuat keputusan dan pihak penguatkuasa di sektor awam dan swasta serta masyarakat sivil, bagi menghormati dan memelihara martabat wanita.

3. Mengkaji semula undang-undang dan peraturan sedia ada dan menggubal perundangan dan peraturan baru bagi menjamin tiada diskriminasi berasaskan gender, perlindungan, keselamatan, hak-hak dan maruah wanita terpelihara dan mengambil langkah-langkah supaya penguatkuasaan undang-undang berkenaan berkesan.

4. Menjalankan penyelidikan mengenai aspek gender bagi menjana pendekatan inovatif dan kreatif dalam penggubalan dasar dan perancangan serta perlaksanaan program.

5. Melaksanakan sepenuhnya pengumpulan, penganalisaan dan pengaplikasian data dan maklumat oleh agensi-agensi Kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan mengikut pecahan jantina untuk tujuan perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian program.

6. Meningkatkan kapasiti dan keupayaan wanita dalam semua bidang bagi memastikan penglibatan mereka yang berkesan dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara termasuk penglibatan dalam bidang politik dan proses membuat keputusan.

7. Memperkukuh dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi wanita melalui kerjasama dan sinergi antara agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan di peringkat nasional dan antarabangsa, dan juga menambah serta mempelbagaikan peluang serta menggerakkan sumber, maklumat dan kepakaran di kalangan wanita.

Pendekatan pelaksanaan

Bagi memastikan matlamat Dasar Wanita Negara tercapai dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) dapat dilaksanakan dengan berkesan, beberapa pendekatan digariskan:

i. Semua agensi kerajaan, sektor swasta , pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil perlu mengambil tindakan sebagaimana ditetapkan di bawah PTPW;

ii. Sumber manusia yang berpengetahuan, terlatih dan peka gender dengan kepakaran khusus hendaklah disediakan dan sumber kewangan hendaklah mencukupi;

iii. Langkah-langkah khas sementara seperti affirmative action atau sistem kuota wajar diambil untuk memajukan wanita yang layak dan berkebolehan dalam semua sektor;

iv. Perancangan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktiviti di bawah PTPW dipertanggungjawabkan kepada agensi pelaksana kepada agensi pelaksana yang berkenaan mengikut bidang kuasa masing-masing;

v. Pewujudan pangkalan data pusat untuk mengintegrasikan data berdasarkan gender dari pelbagai sumber termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan;

vi. Pewujudan multisektor sinergi di kalangan semua agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil; dan

vii. KPWKM bertindak sebagai teraju bagi menyelaraskan aktiviti advokasi, pemantauan dan penilaian secara keseluruhan termasuk kajian semula kesesuaian dasar dan strategi pelaksanaan PTPW setiap tiga tahun sekali atau mengikut keperluan.
Posted by Gege Place at 8:51 PM
dewi wie
dewi wie

Posts : 13
Join date : 17/06/2013
Age : 29
Location : matu goooo

Back to top Go down

Dasar Luar Malaysia Empty Re: Dasar Luar Malaysia

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum