Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Dasar Luar Negara Malaysia I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Dasar Luar Negara Malaysia I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Dasar Luar Negara Malaysia I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Dasar Luar Negara Malaysia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Dasar Luar Negara Malaysia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Dasar Luar Negara Malaysia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Dasar Luar Negara Malaysia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Dasar Luar Negara Malaysia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Dasar Luar Negara Malaysia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Dasar Luar Negara Malaysia

3 posters

Go down

Dasar Luar Negara Malaysia Empty Dasar Luar Negara Malaysia

Post by cg sue Mon Jun 17, 2013 9:14 am

DASAR LUAR NEGARA.
TAJUK: FAKTOR PENENTU DASAR LUAR.

1.    PENGENALAN
1.1      Dasar  luar Negara dapat dimaksudkan sebagai matlamat, garis panduan untuk menentukan hala tuju, tindakan, strategi yang diambil oleh sesebuah Negara dalam menjalin hubungan dengan Negara lain.
1.2      Matlamat utamanya ialah untuk memastikan sesebuah Negara mencapai kemakmuran, keamanaan dan kesetabilan serta kepentingan Negara dalam suasana hubungan antarabangsa yang sentiasa berubah2.
1.3      Objektifnya ialah;
-          Memupuk hubungan baik dengan Negara lain.
-          Menjaga kedaulatan, kemerdekaan, maruah  dari campur tangan kuasa luar.
-           Kepentingan politik, ekonomi, sosial diperingkan antarabangsa.
2.    FAKTOR PENENTU DASAR LUAR
2.1      FAKTOR DALAMAN
-          Kepentingan dan keselamatan  nasional.
-                   Menjamin keselamatan Negara dari ancaman musuh
-                   Keupayaan Malaysia yang terhad. Oleh itu terpaksa bergantung dengan kuasa atau Negara  luar
-          Ekonomi.
-                   Menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Negara lain diperingkat antara bangsa
-          Kedudukan geostrategik
-                   Kedudukan Malaysia yang strategik.
-                   Keadaan serantau yang bermasalah.
-                   Hubungan Negara serantau - ASEAN
2.2      FAKTOR LUARAN.
-          Mengikut ketetapan dan selaras prinsip PBB yang;
-                   Melindungi Negara kecil
-                   Memelihara keharmonian dan keamanaan
-                   Menjaga hak asasi kemanusiaan
-                   Menegak keadilan dan undang-undang.
-          Dasar berkecuali.
-                   Menjalin hubungan dengan semua Negara tanpa mengira ideologi.
-                   Angota NAM (Pertubuhan Negara-negara Berkecuali)
2.3      FAKTOR SEJARAH DAN BUDAYA
-          Anggota Komanwel/ Bekas tanah jajahan British
-                   Hubungan baik dengan British dan Negara-negara Komanwel.
-          Anggota OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) – menyokong persaudaraan dan perpaduan Islam .
-          Anggota G15 (Group 15) dan D8 ( Developing Cool
2.4      FAKTOR/ WAWASAN KEPIMPINAN
-          Memastikan hubungan diplomatik terjalin dengan baik dan harmoni demi kepentingan dua hala.
3.    PERKEMBANGAN DASAR LUAR
3.1      ERA TUNKU ABDUL RAHMAN
•         Pro Barat dan antikomunis sehingga 1970an.
•         Anggota PBB, Komanwel dan FPDA (Five Power Defence Arrangements)
•         Menjalin Perjanjian Anglo- Malaya (AMDA) antara Malaysia dengan British pada 1957.
•         British (barat) telah membantu Malaysia dalam isu Pembentukan Malaysia, tuntutan Filipina ke atas Sabah, Konfrontasi Indonesia dan perpisahan Singapura.
•         Pengasas Pertubuhan Asia Tenggara (ASA/ Asia of Southeast Asia – 1961).
•         ASEAN (Association of Southeast Asia Nations) pada 1967.
3.2      ERA TUN ABDUL RAZAK (1970 – 1976)
•         Dasar berkecuali selepas 1970 serta Ahli Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM/ Non Alignment Movement )
•         Negara bebas, tidak antikomunis serta menjalin hubungan antara negara tanpa mengira ideologi.
•         Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN/ Zone of Peace, Freedom and Neulrality- 1971) dan SEANWFZ (South East Asia Nuklear Weapon Free)
3.3      ERA TUN HUSSEIN ONN (1976 – 1981)
•         Dasar Kerjasama Serantau.
•         Meningkatkan hubungan ASEAN dan ZOPFAN.
•         Hubungan dipereratkan dengan China.
3.4      ERA TUN DR MAHATHIR (1981 – 2003)
•         Aktif dalam ASEAN, NAM, OIC, Komenwel, G15, D8.
•         Semangat Selatan-selatan dan PBB. Ambil bahagian dalam Majlis Keselamatan (Secrity Council).
•         Konsep Dasar Pandang Ke Timur, kurangkan pelaboran di Negara-negara Barat,
3.5      ERA DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI (2003 – 2009)
•         Teruskan dasar berkecuali dan dasar Dr Mahathir
•         Bawa kemajuan dalam OIC, NAM, ASEA


DASAR LUAR NEGARA.
TAJUK: FAKTOR PENENTU DASAR LUAR.

1.    PENGENALAN
1.1      Dasar  luar Negara dapat dimaksudkan sebagai matlamat, garis panduan untuk menentukan hala tuju, tindakan, strategi yang diambil oleh sesebuah Negara dalam menjalin hubungan dengan Negara lain.
1.2      Matlamat utamanya ialah untuk memastikan sesebuah Negara mencapai kemakmuran, keamanaan dan kesetabilan serta kepentingan Negara dalam suasana hubungan antarabangsa yang sentiasa berubah2.
1.3      Objektifnya ialah;
-          Memupuk hubungan baik dengan Negara lain.
-          Menjaga kedaulatan, kemerdekaan, maruah  dari campur tangan kuasa luar.
-           Kepentingan politik, ekonomi, sosial diperingkan antarabangsa.
2.    FAKTOR PENENTU DASAR LUAR
2.1      FAKTOR DALAMAN
-          Kepentingan dan keselamatan  nasional.
-                   Menjamin keselamatan Negara dari ancaman musuh
-                   Keupayaan Malaysia yang terhad. Oleh itu terpaksa bergantung dengan kuasa atau Negara  luar
-          Ekonomi.
-                   Menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Negara lain diperingkat antara bangsa
-          Kedudukan geostrategik
-                   Kedudukan Malaysia yang strategik.
-                   Keadaan serantau yang bermasalah.
-                   Hubungan Negara serantau - ASEAN
2.2      FAKTOR LUARAN.
-          Mengikut ketetapan dan selaras prinsip PBB yang;
-                   Melindungi Negara kecil
-                   Memelihara keharmonian dan keamanaan
-                   Menjaga hak asasi kemanusiaan
-                   Menegak keadilan dan undang-undang.
-          Dasar berkecuali.
-                   Menjalin hubungan dengan semua Negara tanpa mengira ideologi.
-                   Angota NAM (Pertubuhan Negara-negara Berkecuali)
2.3      FAKTOR SEJARAH DAN BUDAYA
-          Anggota Komanwel/ Bekas tanah jajahan British
-                   Hubungan baik dengan British dan Negara-negara Komanwel.
-          Anggota OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) – menyokong persaudaraan dan perpaduan Islam .
-          Anggota G15 (Group 15) dan D8 ( Developing Cool
2.4      FAKTOR/ WAWASAN KEPIMPINAN
-          Memastikan hubungan diplomatik terjalin dengan baik dan harmoni demi kepentingan dua hala.
3.    PERKEMBANGAN DASAR LUAR
3.1      ERA TUNKU ABDUL RAHMAN
•         Pro Barat dan antikomunis sehingga 1970an.
•         Anggota PBB, Komanwel dan FPDA (Five Power Defence Arrangements)
•         Menjalin Perjanjian Anglo- Malaya (AMDA) antara Malaysia dengan British pada 1957.
•         British (barat) telah membantu Malaysia dalam isu Pembentukan Malaysia, tuntutan Filipina ke atas Sabah, Konfrontasi Indonesia dan perpisahan Singapura.
•         Pengasas Pertubuhan Asia Tenggara (ASA/ Asia of Southeast Asia – 1961).
•         ASEAN (Association of Southeast Asia Nations) pada 1967.
3.2      ERA TUN ABDUL RAZAK (1970 – 1976)
•         Dasar berkecuali selepas 1970 serta Ahli Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM/ Non Alignment Movement )
•         Negara bebas, tidak antikomunis serta menjalin hubungan antara negara tanpa mengira ideologi.
•         Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN/ Zone of Peace, Freedom and Neulrality- 1971) dan SEANWFZ (South East Asia Nuklear Weapon Free)
3.3      ERA TUN HUSSEIN ONN (1976 – 1981)
•         Dasar Kerjasama Serantau.
•         Meningkatkan hubungan ASEAN dan ZOPFAN.
•         Hubungan dipereratkan dengan China.
3.4      ERA TUN DR MAHATHIR (1981 – 2003)
•         Aktif dalam ASEAN, NAM, OIC, Komenwel, G15, D8.
•         Semangat Selatan-selatan dan PBB. Ambil bahagian dalam Majlis Keselamatan (Secrity Council).
•         Konsep Dasar Pandang Ke Timur, kurangkan pelaboran di Negara-negara Barat,
3.5      ERA DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI (2003 – 2009)
•         Teruskan dasar berkecuali dan dasar Dr Mahathir
•         Bawa kemajuan dalam OIC, NAM, ASEA


Rujukan :     http://cikguzainal.blogspot.com
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

Dasar Luar Negara Malaysia Empty Re: Dasar Luar Negara Malaysia

Post by cg sue Mon Jun 17, 2013 9:16 am

Terima Kasih kepada cg Zainal dengan izinNYA semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian ini.... Very Happy
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

Dasar Luar Negara Malaysia Empty Re: Dasar Luar Negara Malaysia

Post by cg sue Mon Jun 17, 2013 9:19 am

Rujukan : http://mysabak.blogspot.com

DASAR Luar tiga PM Malaysia
SALAH satu faktor penentu Dasar Luar Negara ialah kepemimpinan negara.  Seorang Ketua Eksekutif negara seperti Perdana Menteri sangat mempengaruhi bentuk Dasar Luar.  Jika pelajar ingat sejarah Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia pada tahun 1963-65 dahulu jelas faktor pemimpin negara itu menjadi punca berlakunya konfrontasi dan pengenduruannya pula.  Konfrontasi dilancarkan oleh Presiden Soekarno tahun 1963, tetapi apabila Soeharto menggantikan Soekarno konfrontasi terhadap Malaysia dihentikan.


PM pertama Tunku Abdul Rahman Putra secara jelas membawa pendirian negara yang baru merdeka condong ke arah  Blok Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.  Sikap condong kepada Barat semakin jelas apabila PM Tunku menerima kunjungan Persiden Amerika Syarikat LB Johnson sewaktu Perang Amerika-Vietnam.  Benar juga sejarah hidup dan pendidikan Tunku banyak di Britain menyebabkan pemikiran beliau yang pro-Barat.


Kembali kepada matlamat Dasar Luar untuk menjaga kepentingan negara, tindakan PM waktu itu adalah untuk melindungi negara daripada ancaman komunisme yang menjadi musuh negara.  Perlu diingat bahawa sewktu negara merdeka tahun 1957, merupakan zaman kemuncak Perang Dingin antara Amerika Syarikat (demokrasi-liberal) terhadap Kesatuan Soviet-China (komunisme).


Namun yang menarik ialah tindakan PM Tun Razak pada tahun 1974 mengubah Dasar Luar daripada hanya memihak kepada Barat kepada menerima kedua-dua Blok politik dunia.  Kayu aras yang penting ialah termeterinya hubungan diplomatik antara Malaysia dan China tahun  1974 yang membawa lawatan PM Tun Razak ke Beijing pada tahun 1976!


Sebagai sebuah negara kecil memang Malaysia tidak ada keupayaan untuk bertindak sendirian mengarung kancah politik dunia yang rencam.  Sebelumnya kuasa besar Amerika Syarikat juga telah mengubah dasar daripada memusuhi China kepada menjadikan China sebagai sahabat.  Tindakan Amerika Syarikat ini disebabkan berlaku pertelingkahan antara dua kuasa komunis iaitu Kesatuan Soviet dan China.  Amerika Syarikat mahu membuat tekanan terhadap kuasa besar komunis itu (Kesatuan Soviet) dengan memihak kepada China.  Keberadaan Amerika Syarikat di China membuka peluang kepada Malaysia untuk meneroka hubungan yang lebih baik dengan China sekalipun Parti Komunis China masih memberi sokongan moral kepada Parti Komunis Malaya yang memberontak dalam zaman darurat (1948-60).


Apabila Tun Dr Mahathir menjawat PM pada tahun 1981, Dasar Luar Malaysia agak anti-Barat dan pro Timur, iaitu Jepun dan Korea.  Tun Dr Mahathir memang tidak mendapat pendidikan di mana-mana negara Barat, oleh itu sikapnya terhadap Barat sangat kritikal.  Slogan ‘Buy British Last’ pada zaman awal Tun Dr Mahathir menjadi PM jelas sikapnya yang jengkel terhadap dunia Barat.
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

Dasar Luar Negara Malaysia Empty Dasar luar negara

Post by Wardah punyer Tue Jul 02, 2013 10:18 am

Dasar Luar Malaysia

Definasi Dasar Luar

   matlamat, rancangan serta tindakan yang diambil oleh negara kita dalam mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain

Faktor-faktor Pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar Negara

- Faktor-faktor yang diambil kira semasa pembentukan dasar luar negara ialah:-

   kepentingan nasional yang meliputi kepentingan ekonomi dan keselematan negara
   Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
   kedudukan geografi
   agama Islam
   Komanwel dan Suruhanjaya selatan-Selatan
   Dasar Berkecuali
   prinsip hidup bersama


ASEAN


ASEAN DAN KERJASAMA EKONOMI



1)      Kerjasama ekonomi antara tahun 1967-1976 adalah lembap.

2)      Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN Pertama yang berlangsung di Barli, Indonesia pada 23-24 Februari 1976 telah merintis jalan bagi kerjasama ekonomi yang lebih erat di kalangan negara-negara ASEAN.

3)      Dua perjanjian yang penting ditandatangani, iaitu Perjanjian Persahabatan Dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation )dan Pengisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord ).

4)      Persetujuan dicapai untuk mengeratkan kerjasama ekonomi serta menyelesaikan sebarang pertikaian di kalangan anggota-anggota secara aman.



1)      Peraturan Perdagangan Istimewa (PTA)

•         Peraturan Perdagangan Istimewa, (Preferential Trading Arrangements –PTA) telah ditandatangani pada 24 Februari 1977  untuk menggalakkan perdagangan intra-ASEAN.

•         PTA merangkumi kontrak kuantiti jangka panjang, peroleh istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan perluasan tarif istimewa.

•         Namun, PTA kurang berkesan kerana setiap negara anggota mengutamakan kepentingan domestik.



2)      Terdapat 5 projek dilaksanakan hasil kerjasama antara negara anggota ASEAN:

•         Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia

•         Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia

•         Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina

•         Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura

•         Projek Perlombongan Garam Abu Soda ASEAN di Thailand  



3)      Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

•         Pada tahun 1992, Menteri-menteri Laur negara anggota ASEAN memeterai perjanjian untuk mewujudkan Skim Tarif Keutamaan Sama Rata (CEPT).

•         Menurut perjanjian CEPT, negara-negara anggota ASEAN akan mengurangkan tarif antara wilayah terhadap semua barang kilang, barangan modal dan produk pertanian. Halangan bukan tarif selama 10 tahun bermula daripada 1 Januari 1993.

•         Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dapat direalisasikan melalui perjanjian Skim Tarif Keutamaan Sama Rata (CEPT) yang dimeterai pada tahun 1992.

•         Tujuan AFTA adalah untuk meningkatkan daya saingan ASEAN sebagai pusat perkilangan untuk pasaran dunia.

•         Melalui permansuhan tarif antara wilayah dan halangan bukan tarif, sektor perkilangan ASEAn akan menjadi lebih efisien dan kompetitif. Hal ini membolehkan barangan ASEAN menembusi pasaran anggota-anggota dengan bebas.

•         AFTA mula dilaksanakan pada tahun 2003.



4)      Konsep Segitiga Pertumbuhan (Memorandum Persefahaman Pembangunan Serantau)

•         Di Sealatan: Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, dan Singapura (IMS-GT) yang melibatkan Singapura, Batam, dan Johor.

•         Di Utara:  Segitiga Pertumbuhan Indonesia, semenanjung Malaysia dan Thailand (IMT-GT) yang melibatkan Semenanjung Malaysia Utara, Selatan Thailand dan Indonesia Utara.

•         Intipati konsep ini adalah menggalakkan pembangunan menerusi gabungan pelbagai kelebihan komparatif setiap ahli.

•         Di bawah konsep ini, kerajaan hanya bertindak sebagai penyedia kemudahan-kemudahan tertentu, manakala pihak swasta bertindak sebagai pengusaha sebenar.



5)      Kerjasama dalam sektor kewangan

•         Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council ) telah ditubuhkan untuk menyelaraskan kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN.

•         Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberi kemudahan kewangan kepada projek-projek usahasama ASEAN.
Wardah punyer
Wardah punyer
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 5
Join date : 12/06/2012

Back to top Go down

Dasar Luar Negara Malaysia Empty Dasar Luar Malaysia

Post by AzeL Tue Jul 02, 2013 10:24 am


KKonsep Dasar Luar
1. Dasar luar ialah polisi yang digunakan oleh sesebuah negara apabila berinteraksi denga negara lain di dunia.
2. Dasar luar Malaysia biasanya ditentukan oleh Perdana Menteri dengan bantuan Jemaah Menteri Kementerian Luar Negeri yang dipertanggungjawabkan mengurus hubungan luar negeri. Peranan itu dilaksanakan oleh Wisma Putra

Faktor-Faktor Mempengaruhi Pembentukan Dasar Luar
1. Kepentingan nasional
2. Faktor geografi yang strategik
3. Faktor sejarah dan budaya
4. Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
5. Faktor kepimpinan
6. Dasar berkecuali
7. Agama Islam / Keanggotaan OIC

Masalah-masalah Dalam Hubungan Luar
1. Campur tangan luar
2. Pendekatan berbeza
3. Pendatang asing negara jiran
4. Tiada penyelarasan
5. Tuntutan bertindih
6. Perbezaan kemajuan
7. Tindakan unilateral
8. Ketegangan politik

Tahap-tahap Dasar Luar Malaysia
Tahap 1 : Pimpinan Tunku Abdul Rahman (1957-69)
Tahap 2 : Pimpinan Tun Abdul Razak
Tahap 3 : Pimpinan Tun Hussein Onn
Tahap 4 : Pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
Tahap 5 : Pimpinan Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi (2003 - 2009)
Tahap 6 : Pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak (2009 hingga kini)

Pendirian Malaysia dalam Beberapa Isu Antarabangsa (1957-kini)
1. Keganasan Antarabangsa
2. Masalah Myanmar
3. Masalah Kemboja

Isu-Isu Antarabangsa
1. Isu Alam Sekitar
2. Isu Antartika
3. Isu Aparteid
4. Isu Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)


Hubungan Antarabangsa Malaysia
1. Hubungan Malaysia dengan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam Sedunia (OIC)
2. Hubungan Serantau Asia Tenggara

Bentuk Kerjasama Dalam ASEAN
1. Kerjasama Politik
2. Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPAN)(1971)
3. Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) (1987)
4. Forum Serantau ASEAN (ARF) (1994)
5. Kerjasama dalam Ekonomi

Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Hubungan Malaysia - Komanwel

Malaysia dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Isu-isu Ekonomi Antarabangsa
1. Isu-isu Ekonomi Negara Selatan-Selatan
2. Dialog Utara-Selatan
3. Kumpulan 15 (G15)
4. Dialog Selatan-Selatan
5. Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
6. Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
7. APEC (Asia Pacific Economic Caucus)

MATLAMAT ASEAN
2.1  Mempercepat pertumbuhan ekonomi kalangan Negara anggota.
2.2  Menggalak kerjasama sosial, kebudayaan, sains dan teknologi, Serta pentadbiran.
2.3  Mengekalkan keamanan dan kestabilan kalangan serantau,
2.4  Menggalakan pertumbuhan perindustrian, dan perdagangan.
2.5  Mengekalkan dasar berkecuali melalui ZOPFAN
3.    BENTUK KERJASAMA ASEAN
3.1  KERJASAMA EKONOMI
         Kerjasama ekonomi Projek Perindustrian ASEAN
-          Projek Baja ASEAN di Indonesia.
-          Projek Perlombongan Potasium di Thailand.
-          Projek Fabrikasi Tembaga di Filipina
-          Projek Pendidikan dan Urea di Bintulu, Malaysia.
-          Projek Hepatitis B dan Enjin Diesel di Singapura.
         Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
-          Untuk menghapuskan sekatan perdagangan dua hala.
-          Menggalakkan kerjasama perdagangan.
-          Meluaskan dan meningkatkan pasaran Negara serantau
         Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)/ Pasaran Tunggal ASEAN
-          Mengujudkan pasaran tunggal Negara anggota.
-          Menarik minat pelabur luar ASEAN
-          Mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang kemiskinan,
-          Meningkatkan taraf hidup Negara serantau
-          Bersatu menghadapi cabaran ekonomi antarabangsa
         Pertubuhan Ekonomi Serantau Utara dan Selatan Malaysia.
-          Konsep Segitiga Pertumbuhan Ekonomi.
-          Melibatkan tiga Negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia bagi pertumbuhan ekonomi serantau di bahagian utara.
-          Bahagian selatan melibatkan Negara Malaysia, Singapura dan Indonesia.
         Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur (EAFTA)
-          Bertujuan untuk mengadakan kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan Negara Asia lain

         Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)
-     Perjanjian perdagangan ASEAN dengan Australia dan New Zealand.
3.2 KERJASAMA POLITIK
         Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
-          Konsep diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur (1971)
-          Matlamatnya ialah
-                      Pertikaian Negara anggota diselesaikan tanpa kekerasan (melalui perundingan)
-                      Pertikaian tidak perlu melibatkan kuasa besar dunia.
-                      Menjamin dan mengekalkan keamanan dan kestabilan politik kawasan serantau
         Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ 1987)
-          Kawasan bebas dan selamat ancaman senjata nuclear.
3.3  KERJASAMA SOSIAL DAN KEBUDAYAAN.
         Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia (MABBIM)
-          Untuk mengembangkan bahasa Melayu setaraf bahasa dunia lain.
-          Mengembangkan peranan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan.
-          Meningkatkan persaudaran Negara serumpun.
         Tabung Kebudayaan ASEAN
-          Menganjur dan mengembangkan festival kebudayaan seperti Psta Filem ASEAN, Pesta Lagu ASEAN, bengkel lukisan dan Muzik.
-          Matlamat utamanya ialah untuk mengeratkan hubungan budaya Negara anggota.
         Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
-          Mewujudkan kerjasama pendidikan dan ilmu pengetahuan Negara serantau.
-          Kerjasama pendidikan melalui;
-                      Pembaharuan dan Teknologi (INNOTECH) di Filipina
-                      Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC) di Singapura
-                      Pusat Pendidikan Serantau Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang (Malaysia)
         Perjanjian Perkongsian Maklumat.
-          Perkongsian maklumat mengenai keselamatan (keganasan dan jenayah)
-          Kerjasama isu sempadan
         Kejohanan Sukan Dwi-Tahunan (Sukan SEA)
         Pertukaran Rancangan TV dan Radio


A.    MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – KOMANWEL

PENGENALAN
1.      Ditubuhkan pada 1931 dengan pimpinan Queen Elizabeth (Ratu England) yang berpusat di Malborough House, London.
2.      Komanwel dianggotai oleh Negara-negara bekas jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan.
3.      Keanggotaan kini ialah 49 negara anggota.
OBJEKTIF
1.      Menjaga kebajikan Negara anggota
2.      Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara anggota
3.      Kerjasama politik, sukan, kebudayaan dan sosial Negara anggota
4.      Meningkatkan pembangunan dan ekonomi.
MALAYSIA & KOMANWEL
1.      Rancangan Colombo (1950) – bantuan kewangan, teknikal, biasiswa kepada pelajar Malaysia.
2.      Tabung Ekuiti Komanwel – membantu Negara dalam modal perindustrian
3.      Dasar Aparteid (1960an) – bersama Negara anggota Malaysia menentang dasar tersebut.
4.      Misi Pemerhati Komanwel dalam pilihanraya di Fiji, Nigeria dsb
5.      Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGAM)
-          Tuan rumah 1989
-          Deklarasi Langkawi mengenai Alam Sekitar
6.      Sukan Negara-negara Komanwel (SUKOM) – tuan rumah pada 1998  

 MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – PERTUBUHAN PERSIDANGAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)
PENDAHULUAN
1.      Ditubuhkan pada 1969 di Rabat, Morocco dengan keanggotaan ahli sebanyak 57 buah Negara.
2.      Pejabat tetap Sekretariat di Jeddah (Arab Saudi)
3.      Malaysia adalah Negara pengasas OIC
OBJEKTIF
1.      Mengujudkan kerjasama, perpaduan kalangan anggota dalam bidang ekonomi, sains, social dan kebudayaan,
2.      Negara Islam yang aman dengan mencari kata sepakat tentang masalah dalaman secara perundingan
3.      Penyelesaian masalah Negara yang terlibat – Perang Iraq dan perjuangan rakyat Palestin
MALAYSIA & OIC
1.      POLITIK
-          Terlibat dalam konflik di Palestin, Bosnia, Kosovo, Somalia dsb
2.      PENDIDIKAN
-          Penubuhan UIAM di Malaysia
-          Kongres Islam Sedunia di Colombo 1982
-          Penerapan Syariah Islam – Islamadab 1979
3.      KEBAJIKAN
-          Membantu Negara Islam di Afrika – Chad
-          Bantuan kesihatan dan perubatan – pelarian Lubnan, Afghanistan
4.      KEBUDAYAAN
-          Pusat penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA) di Istambul
-          Sukan Negara-negara Islam di Izmir
-          Pertubuhan Kebudayaan. Sains, dan Pendidikan (ISESCO) di Rabat
5.      EKONOMI
-          Pemberian biasiswa pelajar Islam di UIAM
-          Kerjasama kewangan kepada Negara Islam yang miskin
-          Eksport Negara Islam

C.    MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)
PENDAHULUAN
1.      Ditubuhkan pada 1961 di Belgrede , Yugoslavia ketika kemuncak perang dingin di Eropah
2.      Malaysia menyertai NAM pada 1969
3.      Negara NAM di anggotai sebanyak 114 buah Negara dengan 3 kali sidang kemuncak
OBJEKTIF
1.      Menghormati hak asasi manusia selaras prinsip PBB
2.      Blog berkecuali antara blog Barat atau Timur
3.      Akui kedaulatan, persamaan hak, dan hormati bangsa serta agama
4.      Penyelesaian pertikaian secara rundingan dan aman
MALAYSIA & NAM
1.      Penyokong kuat Nam semasa pentadbiran Tun Abd Razak
2.      Aktif dalam mesyuarat dan persidangan di Algeria, Colombo, Havana, New delhi dan Luanda.
3.      Tuan rumah persidangan pada 2003

D.          HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN BADAN ANTARABANGSA LAIN
1.      KUMPULAN LAPAN NEGARA MEMBANGUN (D8)
2.      KUMPULAN 15 (G15)
3.      KERJASAMA SELATAN – SELATAN (G77)
4.      HUBUNGAN UTARA – SELATAN (DIALOG UTARA – SELATAN)


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Pengenalan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan

KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM
• untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan
• untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan
• untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan
• untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas, dan untuk tujuan ini
• akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
• akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan
• akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak
• akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
• akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia,

Struktur Organisasi
Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:
• Perhimpunan Agung
• Majlis Keselamatan
• Majlis Ekonomi dan Sosial
• Majlis Peramanahan
• Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
• Sekretariat

Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:
• Persidangan antarabangsa
• Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan
• Kawalan dan pelucutan senjata
• Penjagaan keamanan
• Hak asasi manusia
• Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa
• Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.

Senarai Badan PBB
Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam piagamnya ialah :
• Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
• Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan
• Persatuan Pembangunan Antarabangsa)
• Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
• Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
• Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)
• Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
• Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
• Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
• Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
• Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
• Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).
Agensi-agensi sementara termasuk:
• Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)
• Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi
• PBB untuk Pelarian) (UNHCR)
• Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)
AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

Dasar Luar Negara Malaysia Empty Re: Dasar Luar Negara Malaysia

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum