Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
LANGKAH MENGATASI MASALAH GENGSTERISME I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
LANGKAH MENGATASI MASALAH GENGSTERISME I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
LANGKAH MENGATASI MASALAH GENGSTERISME I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
LANGKAH MENGATASI MASALAH GENGSTERISME I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
LANGKAH MENGATASI MASALAH GENGSTERISME I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
LANGKAH MENGATASI MASALAH GENGSTERISME I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
LANGKAH MENGATASI MASALAH GENGSTERISME I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
LANGKAH MENGATASI MASALAH GENGSTERISME I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
LANGKAH MENGATASI MASALAH GENGSTERISME I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

LANGKAH MENGATASI MASALAH GENGSTERISME

Go down

LANGKAH MENGATASI MASALAH GENGSTERISME Empty LANGKAH MENGATASI MASALAH GENGSTERISME

Post by nazrah rah Wed Jun 26, 2013 11:56 am

Bagi mengelakkan masalah gengsterisme daripada semakin berleluasa, langkah-langkah yang berkesan harus dilaksanakan dengan segera. Kasih sayang daripada keluarga, terutamanya ibu bapa merupakan ubat mujarab dalam penyelesaian masalah ini. Anak umpama sehelai kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah meluangkan masa mereka untuk mengambil berat tentang segala aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak di sekolah dan di luar sekolah. Ibu bapa patut melibatkan diri dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk mengetahui pencapaian atau prestasi anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa juga haruslah menjadi pendengar setia dan selalu bermusyawarah bersama-sama anak mereka untuk mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh anak.

Selain itu, ibu bapa perlu mengenali dan mengetahui dengan siapa anak-anak mereka bergaul. Tidak salah jika ibu bapa mengajak rakan-rakan anak mereka ke rumah untuk lebih mengenali rakan anak mereka. Jika mereka tidak sesuai untuk menjadi kawan kepada anak-anak, ibu bapa perlulah menasihati anak-anak agar menjauhi kawan-kawan tersebut. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan penglibatan remaja dalam jenayah gengsterisme tetapi membantu mengukuhkan institusi keluarga mereka. Remaja perlulah sentiasa diingatkan supaya tidak memilih kawan sesuka hati. Remaja harus menilai mana yang baik dan mana yang buruk untuk diikuti dan dielakkan.

Langkah seterusnya adalah penguatkuasaan peraturan sekolah. Pihak sekolah perlu menguatkuasakan peraturan sekolah dengan mengambil tindakan yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Bagi mereka yang terlibat dengan gengsterisme, pihak sekolah perlu mengenakan tindakan tatatertib terhadap mereka seperti memberi surat amaran, hukuman rotan dan gantung persekolahan. Walaubagaimanapun, pelajar yang didapati mencederakan pelajar-pelajar lain pula haruslah ditukarkan ke sekolah juvana.

Sebenarnya, gejala gengsterisme sangat mencabar kesabaran dan kecekalan pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, mereka yang terlibat dengan jenayah gengsterisme ini perlu dikaunseling dan dimotivasikan agar wujud kesedaran dalam diri mereka tentang bahayanya gengsterisme terhadap diri mereka. Apabila timbulnya kesedaran dalam diri mereka, secara tidak langsung mereka akan menjauhkan diri daripada gengsterisme. Minat mereka untuk terus belajar juga akan semakin menebal dalam diri mereka melalui proses motivasi dan kaunseling. Tambahan pula, keyakinan diri juga akan dipertingkat dalam proses pembelajaran dan diperkuatkan lagi dengan pencapaian akademik yang memuaskan mahupun baik. Dengan ini, masa hadapan mereka akan terjamin.

Justeru, semua pihak berkenaan haruslah berganding bahu dalam mengatasi masalah gengsterisme. Sebagaimana yang kita tahu bahawa remaja merupakan generasi yang akan memimpin negara, jikalau hal ini tidak dibendung dengan segera, kemungkinan besar Wawasan 2020 akan menjadi angan-angan mat jenin dengan labunya.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum